KUALA TERENGGANU: Satu lagi mayat yang merupakan mangsa tragedi bot nelayan karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan hari ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata mayat Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, ditemukan di kedudukan 9.4 batu nautika utara Pulau Redang pada 12.30 tengah hari tadi, selepas APMM menerima laporan daripada nelayan tempatan yang menemukan objek terapung pada 11 pagi.
"Aset maritim Kapal Maritim Bagahak yang sedang beroperasi diaturgerakkan ke lokasi aduan tersebut. Mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu sebelum proses pengecaman dan bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini," katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah pengecaman dilakukan isteri mangsa, Rosainy Mohd Zin.
Muhammad Suffi dalam kenyataan semalam memaklumkan operasi mencari dan menyelamat dua lagi nelayan tempatan yang hilang iaitu Raja Zainudin dan Ahmad Zamri Ishak, 66, ditamatkan pada 7 malam susulan tiada lagi petunjuk baharu diperoleh.
Dalam kejadian pada 10 malam Isnin itu, bot nelayan dinaiki enam lelaki karam selepas dilanda ribut di kedudukan lebih kurang 10 batu nautika dari Pulau Redang.
Mangsa yang selamat adalah Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, manakala tiga lagi iaitu Saludin Ismail, 50, Ahmad Nazri Ishak, 48, dan Zulkifli Umar, 48, ditemukan lemas di lokasi berbeza kira-kira 1.7 hingga 1.9 batu nautika dari Pulau Redang pada Rabu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
Satu lagi mayat yang merupakan mangsa tragedi bot nelayan karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan hari ini.
Fokus Minggu Depan: PRK KKB, sentimen semasa pengundi…
Ikuti kupasan Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin, dan wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai tinjauan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
Terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Kampung Belukut dijadikan kampung angkat Madani JWP
Pembangunan modal insan antara fokus Program Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
Mayat keempat tragedi bot nelayan karam ditemukan
Satu lagi mayat yang merupakan mangsa tragedi bot nelayan karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan hari ini.
Tragedi bot karam: 6 PATI ditemui lemas, seorang selamat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan sebelum tujuh lagi mangsa ditemui dengan enam daripada lemas.
Dua maut, satu hilang dalam kejadian bot karam di Pitas
Dua lelaki ditemukan mati lemas, manakala dua lagi terselamat dalam tragedi bot karam di perairan Tanjung Berungus, Pitas.
Mayat mangsa tragedi bot karam Bagan Jermal dijumpai
Mayat Rosmin Selamat, 62 tahun, dijumpai orang awam pada jam 8 pagi di Perairan Gurney, kira-kira 35 jam selepas dilaporkan hilang.
Satu lagi mayat mangsa bot karam dijumpai, jumlah korban kini 64 orang
Satu lagi mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam Khamis lepas, dijumpai petang semalam, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 64 orang.
Undian: Jika tiada pilihan, adakah anda sanggup meredah bahaya untuk pulang ke kampung pada musim perayaan?
Adakah anda sanggup meredah bahaya dengan menaiki pengangkutan bot untuk pulang ke kampung pada musim perayaan?