awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat Kim Jong Nam dipercayai dibawa keluar dari HKL

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2017
09:17 MYT
Mayat Kim Jong Nam dipercayai dibawa keluar dari HKL
Mayat warga Korea Utara, Kim Jong Nam dipercayai sudah dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menggunakan sebuah van kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi. -Gambar fail
Mayat warga Korea Utara, Kim Jong Nam dipercayai sudah dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menggunakan sebuah van kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi.
Difahamkan van jenis Toyota Hiace berwarna kelabu itu meninggalkan pekarangan IPFN dengan diiringi tiga unit kereta peronda polis.
Sebelum itu, kenderaan tersebut yang tertera tulisan “Van Jenazah” pada cermin belakang memasuki pekarangan IPFN kira-kira pukul 1.35 tengah hari.
Van tersebut berada dalam kawasan IPFN selama lima minit sebelum beredar selepas keranda dipercayai mengandungi mayat Jong Nam dimasukkan.
Menurut sumber, mayat Jong Nam dipercayai akan diterbangkan dengan sebuah pesawat ke Beijing, kira-kira pukul 6 petang Khamis.
Sebelum ini, mayat Jong Nam dikatakan tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.30 tengah hari sebelum dijadualkan dibawa naik pesawat penerbangan nasional pada 6.25 petang.
Bagaimanapun, sumber memberitahu mayat Jong Nam kemudian dibawa keluar semula dari lokasi itu ke Rumah Mayat HKL disebabkan isu teknikal.
Jong Nam yang juga abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mati dibunuh dua suspek wanita pada 13 Februari lalu menggunakan agen saraf VX.
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika mangsa sedang menunggu penerbangan ke Macau.
Jong Nam yang menggunakan nama Kim Chol seperti di dalam pasportnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Institut Perubatan Forensik Negara
#IPFN
#kim jong nam
#Kim Jong Un
#KLIA
#KLIA2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan