awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki alami masalah mental ditemukan tepi longkang

Sinar Harian
Sinar Harian
04/10/2023
03:00 MYT
Mayat lelaki alami masalah mental ditemukan tepi longkang
Anggota polis memeriksa mayat yang ditemui di tepi longkang, laluan menghala susur keluar MRR2 pada Selasa. - Foto Sinar Harian
GOMBAK: Mayat seorang lelaki ditemukan di tepi longkang menghala susur keluar Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat sini pada Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penemuan tersebut pada jam 4.31 petang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati si mati merupakan lelaki warga tempatan berusia 63 tahun dan mempunyai masalah mental.
"Proses pengecaman mayat telah dilakukan oleh anak kandung mangsa di lokasi kejadian.
"Anak si mati juga telah mengesahkan ayahnya mempunyai masalah mental.
"Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh badan si mati mendapati tiada sebarang kesan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kata beliau, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.
Menurutnya, kes kematian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Heirme Che Mat di talian 014-2389151 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#masalah mental
#mrr2
#Noor Ariffin Mohamad Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan