Skip to main content

Malaysia

Mayat lelaki berpakaian sukan ditemui tepi semak, terdapat kesan kecederaan

Mayat seorang lelaki berpakaian sukan warna hitam dan kuning ditemukan terbaring di tepi semak dekat Jalan Harvard, Gurun, pagi ini. - Foto SInar Harian
Mayat seorang lelaki berpakaian sukan warna hitam dan kuning ditemukan terbaring di tepi semak dekat Jalan Harvard, Gurun, pagi ini. - Foto SInar Harian

Advertisement

SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki berpakaian sukan warna hitam dan kuning ditemukan terbaring di tepi semak dekat Jalan Harvard, Gurun, di sini, sekitar jam 8 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka dan kepala lelaki terbabit.

Menurutnya, mangsa dipercayai warga tempatan, berusia lingkungan 20-an.

"Mangsa ditemui terbaring di tepi semak di jalan tersebut oleh orang awam... setakat ini tiada identiti ditemukan pada mangsa," katanya.

Menurut beliau, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.

Menurut Hanyan, polis masih menunggu hasil laporan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan siasatan ke atas kes tersebut.

"Orang ramai yang tinggal di sekitar kawasan ini yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta tampil ke Balai Polis Gurun bagi tujuan pengecaman menerusi gambar," katanya.

Jelas beliau, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement