awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki berulat ditemui di Bukit Mertajam

Bernama
Bernama
27/09/2015
07:14 MYT
Mayat lelaki berulat ditemui di Bukit Mertajam
RUSLI: Pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki yang berulat itu telah mati lebih daripada tiga hari sebelum ditemui.
Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan tikaman ditemui dalam kebun kelapa sawit yang terletak di tepi jalan di Jalan Sungai Lembu, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata mayat lelaki dipercayai berusia lingkungan 30-an itu ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 8 malam sebelum memaklumkan kepada polis.
"Pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki yang berulat itu telah mati lebih daripada tiga hari sebelum ditemui tanpa sebarang pengenalan diri dan hanya berseluar jeans, berbaju T dan tidak berkasut," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya dibuang kerana polis tidak menemui sebarang senjata di lokasi kejadian dan juga tiada kesan pergelutan.
Katanya mayat itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat namun pemeriksaan awal ke atas mayat belum dapat disahkan kesan sebenar luka di badannya.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#bunuh
#kebun kelapa sawit
#mayat
#Rusli Mohd Noor
#tikaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan