awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki dengan kaki, tangan terikat ditemukan di tepi landasan kereta api

Bernama
Bernama
31/07/2025
13:57 MYT
Mayat lelaki dengan kaki, tangan terikat ditemukan di tepi landasan kereta api
Mayat seorang lelaki dengan kaki dan tangannya terikat serta kepala dibalut kain ditemukan berhampiran landasan kereta api di Sungai Serian, Kalumpang, Hulu Selangor hari ini. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dengan kaki dan tangannya terikat serta kepala dibalut kain ditemukan berhampiran landasan kereta api di Sungai Serian, Kalumpang, Hulu Selangor hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata mayat dijumpai orang awam kira-kira 10.30 pagi tadi sebelum membuat laporan polis.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, mayat itu dipercayai dicampak dari jambatan Kampung Sungai Serian berketinggian 11.15 meter.
"Siasatan pihak forensik mendapati kaki dan tangan si mati telah diikat manakala kepala dibalut dengan kain serta dilekatkan dengan pita pelekat hitam dan putih," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ibrahim berkata pemeriksaan fizikal oleh pihak forensik mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih dari empat hari kerana keadaan mayat mula reput selain tiada sebarang dokumen peribadi si mati ditemukan.
"Mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohamad Fadli Abdul Aziz melalui talian 03-6064 1222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat lelaki ditemui
#kaki dan tangan terikat
#Sungai Serian
#Hulu Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan