awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki dibungkus kain cadar ditemui di tepi jalan

Bernama
Bernama
14/04/2014
12:05 MYT
Mayat lelaki dibungkus kain cadar ditemui di tepi jalan
Mayat seorang lelaki yang dibungkus dengan kain cadar putih seperti dikafan ditemui di tepi Jalan Perusahaan 4, Bukit Minyak di sini Isnin.
Mayat dipercayai rakyat Myanmar itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 8 pagi.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya diletak di kawasan itu.
Polis juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mayat itu, katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata seorang pembantu rumah warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Air Itam, George Town dekat sini hari ini.
Mayat Juwariah Syarpii, 30, ditemui terbaring oleh beberapa penduduk di kawasan berkenaan pada pukul 7 pagi dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Bukit Mertajam
#bunuh
#jenayah
#mayat berbungkus
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan