awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air

Bernama
Bernama
04/02/2025
14:47 MYT
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
IPOH: Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di pelantar P5 Sungai Pinang Besar dekat Pulau Pangkor, hari ini.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang tadi.
"Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
"Pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.
Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.
Hasbullah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi Balai Polis Pangkor atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau WhatsApp 014-6828005.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tangki simpanan air
#Pulau Pangkor
#polis
#mayat lelaki
#forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan