awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki dipercayai tekong bot terbalik ditemukan

Bernama
Bernama
12/08/2023
22:00 MYT
Mayat lelaki dipercayai tekong bot terbalik ditemukan
Mayat seorang lelaki dipercayai tekong bot yang terbalik dalam kejadian pada Rabu lepas ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan. - Gambar hiasan
ALOR GAJAH: Mayat seorang lelaki dipercayai tekong bot yang terbalik dalam kejadian pada Rabu lepas ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan, Negeri Sembilan, kira-kira 7.30 pagi Sabtu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat daripada nelayan tempatan mengenai penemuan mayat tanpa pengenalan diri itu di kedudukan 0.5 batu nautika selatan Tanjung Tuan.
"Bot BENTENG 04 yang sedang melaksanakan Op Carilamat telah digerakkan ke lokasi kejadian dan telah menemukan satu mayat lelaki dewasa yang lengkap berpakaian.
"Hasil pengecaman mayat oleh rakannya yang terselamat dan berdasarkan jam tangan serta pakaian, mangsa ialah Kaharudin Kolah atau dikenali Pak Lang berusia 62 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Menurutnya mayat tersebut dibawa ke jeti APMM dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.
Iskandar berkata susulan penemuan mayat itu Op Carilamat ditamatkan pada 7 malam tadi.
"APMM mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan komuniti nelayan atas maklumat dan kerjasama yang baik sepanjang tempoh pencarian ini," katanya.
Sebelum ini, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan pencarian di perairan Kuala Sungai Baru, Melaka bagi mengesan tekong warga Indonesia yang hilang selepas bot dipandunya secara agresif terbalik akibat pelanggaran dengan bot APMM ketika cuba melarikan diri daripada diperiksa pada Rabu lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#tekong bot terbalik
#Tanjung Tuan
#mayat ditemukan terapung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan