awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemui di tepi sungai Bandar Sunway

Sinar Harian
Sinar Harian
01/11/2025
08:10 MYT
Mayat lelaki ditemui di tepi sungai Bandar Sunway
Mayat seorang lelaki ditemui di tepi sungai berhampiran kolej swasta di Bandar Sunway, hanya memakai seluar panjang dan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lama. -Gambar hiasan
SUBANG JAYA: Mayat seorang lelaki ditemui di tepi sungai berhampiran sebuah kolej swasta di Bandar Sunway, di sini, pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Mayat seorang lelaki ditemui di tepi sungai berhampiran kolej swasta di Bandar Sunway, hanya memakai seluar panjang dan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lama.
  • Identiti mangsa belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan dan keadaan fizikal mayat tidak sempurna untuk pemeriksaan lanjut.
  • Mayat dihantar ke PPUM untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh.

Mayat yang ditemui oleh orang awam sekitar jam 7.10 malam itu didapati hanya memakai seluar panjang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki terbabit dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh yang lama berdasarkan keadaan fizikalnya.
"Pada masa ini, identiti lelaki itu tidak dapat dikenal pasti disebabkan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.
"Pemeriksaan fizikal juga tidak dapat dijalankan kerana keadaan mayat yang tidak sempurna," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Wan Azlan berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
"Saksi kejadian atau orang ramai yang mempunyai kehilangan ahli keluarga diminta untuk menghubungi Balai Polis Bandar Sunway di talian 03-56212222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (Subang Jaya) di talian 03-78627222 bagi membantu siasatan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#tepi sungai
#berhampiran kolej swasta
#Bandar Sunway
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan