TELUK INTAN: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di permukaan Sungai Perak di Kampung Sungai Batang Pelanduk, dekat sini, semalam.
Setakat ini, maklumat mengenai mangsa masih tidak dapat dikenal pasti.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu pada 10.46 pagi.
Maklumat diterima daripada pihak polis bahawa terdapat mayat mangsa lelaki dijumpai timbul di permukaan Sungai Perak dan memohon bantuan bomba untuk mengambilnya.
“Anggota bomba menggunakan bot aluminium untuk mengambil mayat di lokasi kejadian dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Abdul Hazhar Ismail tamat jam 4.14 petang.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan ahli keluarga atau rakan supaya tampil membantu siasatan berhubung penemuan mayat itu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata, mayat lelaki itu ditemui terapung di Permatang Pelanduk, Labu Kubong, dekat sini, kira-kira jam 2 petang.
Menurutnya, mayat tersebut dalam keadaan tertiarap dan tersangkut di rumput air di tepi sungai.
“Pihak bomba membawa naik mayat ke tepi Sungai Perak dan keadaan mayat yang kembung menyukarkan pengecaman dibuat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurut beliau, tiada sebarang dokumen pengenalan diri diperolehi tetapi mayat dikenal pasti sebagai lelaki dewasa tempatan, berdasarkan parut suntikan BCG di lengan sebelah kiri.
Katanya, lelaki itu dianggarkan berumur dalam lingkungan 40-an, berkulit gelap, tubuh sederhana besar dan tinggi dianggarkan 170 cm.
Ahmad Adnan berkata, mayat dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR).
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Al Ikhsan Borhan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak melalui talian 05-6233969.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Dec 03 2022

Menurut polis, tiada sebarang dokumen pengenalan diri diperolehi pada mayat tetapi ia dikenal pasti sebagai lelaki dewasa tempatan, berdasarkan parut suntikan BCG di lengan kiri. - Foto JBPM Perak

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

Tunjuk Perasaan | Puluhan ribu warga pendidik berhimpun
Berpuluh-puluh ribu guru dan warga pendidik awam di Portugal mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut keadaan pembelajaran di sekolah yang lebih baik, gaji yang berpatutan dan penghormatan terhadap kerjaya mereka.

Politik | Jeneral bersara NATO Presiden baharu Republik Czech
Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Petr Pavel menjadi Presiden baharu Republik Czech selepas berjaya menewaskan bekas Perdana Menteri, Andrej Babis dalam pilihan raya yang diadakan pada Sabtu.

Banjir | New Zealand tanggung tahap kemusnahan yang teruk
Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas banjir besar melanda seluruh bandar Auckland, ekoran hujan lebat yang berterusan selama dua hari sejak Jumaat.

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Reaksi Ku Li | Pemecatan ahli kerana langgar disiplin adalah perkara biasa
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007039/11199715291674957360883_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika korek pasir di Sungai Perak
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menjalankan kerja-kerja mengorek pasir di Sungai Perak, dekat Kampung Kubang Pekan, hari ini.

Baung ekor merah ancam populasi ikan tempatan Sungai Perak
Pembiakan berleluasa ikan itu atau nama saintifiknya Hemibagrus Wyckioides mula dikesan Mac tahun lepas.

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Perak
Pihak bomba membawa naik mayat ke tepi Sungai Perak dan keadaan mayat yang kembung menyukarkan pengecaman dibuat.

TNB labur RM5.8 bilion bagi menaik taraf Stesen Janakuasa Sungai Perak
Menurut TNB, ia bagi menyokong aspirasi Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara dan memastikan pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Bomba berjaya pujuk warga emas cuba terjun jambatan
Anggota bomba yang tiba akhirnya berjaya memujuk lelaki itu supaya tidak meneruskan niatnya.

Lelaki dihanyutkan arus deras Sungai Perak ditemukan lemas
Mangsa ditemukan terapung berhampiran tebing sungai pada jam 7.19 pagi.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala di Sungai Perak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa telah disambung semula pada jam 8.30 pagi tadi.

Perak kenal pasti kos pembinaan terowong air Sungai Perak-Bukit Merah
Terowong berkenaan akan berfungsi untuk menyalurkan air dari Sungai Perak ke kolam berkenaan apabila parasnya mula menyusut.

Lelaki terjatuh dalam Sungai Perak ditemui lemas
Seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Perak di Jambatan Batu 5, dekat sini, semalam, ditemui lemas hari ini.

Perak kekal pendirian tidak mahu bekal air mentah ke negeri lain - MB
Sumber air mentah di negeri ini hanya mencukupi untuk penggunaan seperti sektor pertanian, industri dan penjanaan tenaga elektrik.