awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemukan terapung di kunci air

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2024
04:50 MYT
Mayat lelaki ditemukan terapung di kunci air
Mayat mangsa dibawa naik menggunakan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kejadian dekat kunci air Sungai Klang, Seksyen 17, di sini, pada Sabtu. -Foto Ihsan JBPM Shah Alam
SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki warga Nepal ditemukan terapung dekat kunci air Sungai Klang, Seksyen 17 di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 11.56 pagi daripada orang awam.
"Mangsa ditemukan dalam keadaan telungkup selain lengkap berpakaian.
"Selain itu, identiti mangsa disahkan menerusi salinan pasport ditemui pada mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
"Pemeriksaan pihak Forensik Selangor ke atas badan mangsa mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh badan yang boleh menyebabkan kematian.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kunci air
#sungai klang
#lelaki warga Nepal
#mayat terapung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan