awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pulau Pinang perlu beralih daripada model kos rendah untuk kekalkan daya saing global
POLITIK
PRN Sabah: PH, BN kini pada peringkat akhir rundingan - Asyraf Wajdi
MALAYSIA
Projek empangan sabo di Baling siap lebih awal, atasi isu banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Danau Kota

Bernama
Bernama
28/06/2025
07:30 MYT
Sponsor Banner
Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Danau Kota
Mayat berkenaan dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Gambar/ JBPM
KUALA LUMPUR: Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di tengah-tengah tasik di Taman Tasik Danau Kota, di sini pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu pada 8.16 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak ke lokasi kejadian.
Komander Operasi Zulkefri Abdul Malik berkata sepasukan tujuh anggota bersama jentera Fire Rescue Tender digerakkan ke lokasi.
"Sebaik tiba, pasukan mendapati satu mayat lelaki dewasa terapung di tengah tasik. Anggota operasi menggunakan tali dan pengusung (stretcher) untuk membawa mayat ke tebing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat berkenaan berjaya dibawa naik kira-kira 40 minit kemudian pada 8.56 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jumpa mayat
#tasik danau kota
#identiti mayat
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami