awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki Orang Asli lemas ketika menjala ditemukan pagi tadi

Bernama
Bernama
14/03/2023
05:34 MYT
Mayat lelaki Orang Asli lemas ketika menjala ditemukan pagi tadi
Dalam kejadian 6.30 petang Isnin, mangsa dipercayai telah turun dari perahu untuk membetulkan jala sebelum terjerlus dalam lombong.- Gambar hiasan
ALOR GAJAH: ALOR GAJAH, 14 Mac -- Mayat lelaki Orang Asli yang dipercayai lemas ketika menjala ikan petang semalam, ditemukan dalam bekas tapak lombong di Jalan Solok Menggong, Machap Baru pada 9.17 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata mangsa Jerrey Juli, 33, yang beralamat di Kampong Orang Asli Kubang Badak, Tebong itu telah pergi ke lokasi berkenaan bersama dua rakannya, untuk menjala ikan.
"Dalam kejadian 6.30 petang, mangsa dipercayai telah turun dari perahu untuk membetulkan jala sebelum terjerlus dalam lombong.
"Dua lagi rakan cuba membantunya namun gagal, mereka kemudiannya telah memaklumkan mengenai kejadian itu di Balai Polis Hutan Percha," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Arshad berkata tempat kejadian tersebut merupakan bekas lombong berkeluasan lebih kurang 0.4 hektar dan usaha mencari melalui selaman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) tidak dapat dilakukan berikutan waktu telah malam dan keadaan cuaca telah gelap.
"Usaha pencarian mangsa telah disambung 8.30 pagi tadi, sebelum mayat mangsa ditemukan, seterusnya dirujuk ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Sementara itu Komander Operasi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar berkata mayat lelaki berkenaan ditemukan di dasar lombong pada kedalaman 4.5 meter, selepas dua minit usaha pencarian dilakukan oleh pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat Orang Asli
#lemas
#machap Baru
#lombong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan