awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang mulai 1 Jan 2026
2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji
Pembantu kedai makan maut dilanggar pemandu kereta positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki yang melarikan diri daripada polis ditemui di Pulau Sayak

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
25/11/2021
09:06 MYT
Mayat lelaki yang melarikan diri daripada polis ditemui di Pulau Sayak
Mayat lelaki yang ditemui di Pulau Sayak, Kedah dibawa ke darat oleh anggota keselamatan. - Gambar ihsan BOMBA
KEPALA BATAS: Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas selepas cuba melarikan diri ketika operasi polis di Kompleks Pasar Bisik Ikan Kuala Muda, di Penaga, Pulau Pinang ditemukan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, mayat lelaki berusia 37 tahun itu ditemui pada pukul 9.30 pagi di Pulau Sayak, Kedah.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan, mayat lelaki berkenaan ditemui sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) negeri.
"Mayat ditemui pada jam 9.30 pagi di Pulau Sayak dan dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 10.35 pagi," kata kenyataan tersebut.
Pada Rabu, Astro AWANI melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dia bertindak melarikan diri dengan berenang di dalam laut berhampiran pasar di kawasan Pasar Bisik, Penaga di sini.
Lelaki itu bertindak sedemikian kerana mahu melarikan diri dari sepasukan polis yang ketika itu mengadakan tugas rondaan cegah jenayah dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
BACA: Dua lelaki dikhuatiri lemas semasa melarikan diri ketika operasi polis
Difahamkan terdapat tiga lagi lelaki yang turut melarikan diri namun mereka dilaporkan selamat.
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dilancarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dengan kekuatan seramai 50 orang termasuk mendapat bantuan polis serta Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#Pulau Sayak
#Kompleks Pasar Bisik Ikan Kuala Muda
#operasi polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan