ISKANDAR PUTERI: Mayat pekerja kapal warga asing yang terjatuh ke dalam laut di Blok 15 Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah dekat sini pada Selasa, ditemui terapung pada Rabu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin berkata, mayat lelaki warganegara Bangladesh, Miah Md Ujjal, 35, ditemukan oleh kakitangan PTP pada jam 6.32 petang.
Menurutnya, sebelum itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dua anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) di lokasi mangsa dipercayai jatuh dengan radius pencarian 25 meter ke kiri dan kanan kapal.
"Pada jam 3.15 petang semalam operasi SAR dihentikan sementara disebabkan keadaan arus laut melebihi 2 knot dan berbahaya kepada pasukan PPDA. Operasi disambung semula jam 4.18 petang setelah keadaan kembali normal.
"Tiga anggota PPDA sambung membuat selaman. Pada jam 6.32 petang mangsa berjaya dijumpai timbul di permukaan air pada jarak 6 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai jatuh," katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.
Beliau berkata, anggota bomba membantu membawa mangsa ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi yang disertai 24 anggota bomba termasuk anggota PPDA dari BBP Skudai ditamatkan pada jam 8.10 malam tadi," katanya.
Dalam kejadian jam 11.22 pagi Selasa, mangsa yang merupakan pekerja kapal telah terjatuh ke dalam laut pada ketinggian kira-kira 6 meter ketika membuat kerja-kerja mengikat kontena atas kapal Als Clivia. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 05 2023
Pekerja kapal warga asing yang terjatuh ke dalam laut pada Selasa ditemukan terapung di Pelabuhan PTP, Gelang Patah, Iskandar Puteri pada petang Rabu. - Foto Sinar Harian
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Mayat pekerja kapal jatuh laut ditemui
Mayat lelaki warganegara Bangladesh, Miah Md Ujjal, 35, ditemukan oleh kakitangan PTP pada jam 6.32 petang.