awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat seorang lagi nelayan hilang di perairan Pontian ditemukan

Bernama
Bernama
04/06/2022
08:33 MYT
Mayat seorang lagi nelayan hilang di perairan Pontian ditemukan
Mayat Abu Bakar Mohammad, 57, ditemukan oleh nelayan di kawasan sekitar pada 9.30 pagi tadi. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang lagi nelayan yang hilang di laut selepas keluar mencari ikan di perairan Barat Pulau Pisang, Pontian pada Khamis lepas, ditemukan lemas di Kuala Sungai Ayer Baloi hari ini.
Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata mayat Abu Bakar Mohammad, 57, ditemukan oleh nelayan di kawasan sekitar pada 9.30 pagi tadi.
"Mayat mangsa telah dibawa ke jeti nelayan berhampiran. Bagaimanapun (sehingga kini) bot mangsa tidak ditemukan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
BACA: Seorang nelayan lemas, seorang hilang di perairan Pontian selepas keluar tangkap ikan
Semalam, media melaporkan seorang nelayan Khalid Mohammad, 71, ditemukan lemas di 2.5 batu nautika dari Pantai Kampung Pulai Sebatang, kira-kira 12.45 tengah hari (Jumaat).
Khalid dan Abu Bakar dilaporkan keluar ke laut mencari ikan di perairan tersebut menaiki bot pada Khamis sebelum kedua-duanya gagal dihubungi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nelayan lemas
#Johor
#Pontian
#Kuala Sungai Ayer Baloi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan