awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran pulihkan sebahagian akses internet
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat suami isteri ditemukan dalam kereta di Sungai Rompin

Bernama
Bernama
03/12/2025
14:37 MYT
Mayat suami isteri ditemukan dalam kereta di Sungai Rompin
Mayat sepasang suami isteri yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki mereka dilaporkan terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Rompin, ditemukan petang tadi. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Mayat sepasang suami isteri yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki mereka dilaporkan terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Rompin dekat Kampung Rantau Panjang, Kuala Rompin semalam, ditemukan petang tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mayat pemandu lori Mohd Zairil Bidin, 40, dan isterinya seorang suri rumah Aisyah Shafie, 55, dijumpai di dalam kereta terbabit kira-kira 3 petang.
Beliau berkata kereta berkenaan ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di dasar Sungai Rompin dengan jarak kira-kira 59 meter dari lokasi kejadian kenderaan dilaporkan terjatuh.
"Kenderaan dinaikkan menggunakan kren sebelum mayat mangsa ditemukan di dalam kereta itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sharif Shai berkata mayat Mohd Zairil dan Aisyah dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat.
Beliau berkata operasi hari ini yang disertai antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung ditamatkan pada 3.11 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat suami isteri
#kerete terjunam dalam sungai
#Sungai Rompin
#Mohd Zairil Bidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan