awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat tercampak di KESAS bukan Pamela Ling

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/05/2025
13:53 MYT
Mayat tercampak di KESAS bukan Pamela Ling
Aidil Bolhassan berkata, semakan mendapati mangsa merupakan seorang wanita berbangsa Cina, berusia 44 tahun dan beralamat dari Menglembu, Ipoh, Perak. - Foto IPD Cheras
KUALA LUMPUR: Mayat wanita dipercayai dicampak daripada sebuah van di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) berhampiran Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar, di sini menghala ke Petaling Jaya, pada Selasa bukan Pamela Ling Yueh, yang diculik semasa dalam perjalanan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, semakan mendapati mangsa merupakan seorang wanita berbangsa Cina, berusia 44 tahun dan beralamat dari Menglembu, Ipoh, Perak.
"Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa tercampak dari sebuah van, namun kenderaan yang membawa mangsa dipercayai melarikan diri.
"Kita terima laporan daripada seorang lelaki membuat panggilan kecemasan MERS 999 maklumkan ada perempuan jatuh dari kereta," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Aidil memberitahu, mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras untuk bedah siasat.
"Polis masih merakam keterangan beberapa saksi kejadian. Kita hanya boleh mengklasifikan siasatan selepas keterangan dirakamkan sepenuhnya.
"Kita masih tidak dapat mengesahkan sama ada wanita itu tercampak atau dicampak dari kenderaan itu," jelasnya.
Menurutnya, polis juga sudah mengesan van putih yang terlibat dalam kes tersebut.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#SPRM
#PDRM
#KESAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan