awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Melaka siasat dakwaan kesilapan kaligrafi kalimah Allah dalam masjid
MALAYSIA
Kebakaran gas Putra Heights: Penduduk tidak puas hati hasil siasatan, desak semakan semula
HIBURAN
Kemelut jenama XPDC bakal selesai, sidang media dalam waktu terdekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Mayat tiga beranak ditemukan mereput dalam rumah

Bernama
Bernama
01/07/2025
20:45 MYT
Mayat tiga beranak ditemukan mereput dalam rumah
Pihak polis dan bomba pergi ke sebuah rumah di Taman Bukit Kristal dekat Seremban petang semalam selepas menerima maklumat, dan menemukan tiga mayat dalam keadaan mereput di dua bilik tidur. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Tiga sekeluarga ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal dekat sini pada 4.53 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima maklumat orang awam berkaitan bau busuk dari rumah berkenaan yang berkunci.
"Bertindak atas maklumat itu, pihak polis dan bomba telah ke rumah berkenaan dan memotong kunci mangga pagar rumah terbabit. Pemeriksaan kemudian menemukan tiga mayat dalam keadaan mereput di dua bilik tidur.
"Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga mayat merupakan ahli keluarga terdiri daripada seorang lelaki berusia 61 tahun, isterinya 59 tahun dan anak lelaki mereka berusia 30 tahun," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Hatta berkata pemeriksaan forensik menemukan kesan torehan pada lengan kanan anak lelaki pasangan itu manakala mayat ibu bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda yang mencurigakan.
"Turut ditemui empat pisau terdapat kesan darah dipercayai digunakan semasa kejadian serta pelbagai jenis ubat yang telah digunakan di atas meja ruang tamu rumah tersebut," katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat reput dalam rumah
#mayat tiga beranak
#Seremban
#Taman Bukit Kristal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami