awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat tiga lelaki yang hilang selepas terjun ke dalam Sungai Tengi ditemui

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2016
03:55 MYT
Mayat tiga lelaki yang hilang selepas terjun ke dalam Sungai Tengi ditemui
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3 petang ketika sepasukan anggota polis yang membuat serbuan di kawasan penagihan dadah di situ. - Foto Astro AWANI
Mayat tiga lelaki yang hilang selepas terjun ke dalam Sungai Tengi, Tanjong Karang sejak petang semalam akhirnya berjaya ditemui pagi tadi.
Mayat mereka ditemui berhampiran kawasan nelayan di Jeti Bagan Pasir, Tanjong Karang sekitar jam 11 malam tadi hingga 5 pagi tadi.
Mereka sebelum itu dipercayai cuba melarikan diri daripada anggota polis yang sedang membuat serbuan berdekatan jeti terbabit.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3 petang ketika sepasukan anggota polis sedang membuat serbuan di kawasan penagihan dadah di situ.
Beberapa lelaki lain berjaya ditahan dalam serbuan terbabit.
Sedar tentang tindakan mereka, pihak polis kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang pada jam 3.13 petang bagi mendapatkan bantuan menjejaki mereka.
Mayat salah seorang mangsa berjaya ditemui kira-kira 100 meter dari tempat mereka dipercayai lemas kira-kira jam 11.20 malam tadi.
Manakala mangsa kedua ditemui jam 2.35 pagi dan mangsa ketiga 4.23 pagi tadi juga di kawasan sekitar 100 meter dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Topic Berkaitan
#Jeti Bagan Pasir
#lemas
#Ruslan Abdullah
#Tanjong Karang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan