JOHOR BAHRU: Wanita yang terjatuh ke dalam laut bersama anaknya di Jalan Danga Bay berhampiran Country Garden di sini, semalam, ditemui lemas hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal berkata, wanita berusia 37 tahun itu ditemui nelayan dalam keadaan terapung pada jam 1.40 tengah hari.
Katanya, mayat wanita itu ditemui pada jarak satu kilometer dari lokasi dia dikatakan tergelincir ke dalam laut petang semalam.
"Mayat wanita itu dibawa naik ke darat oleh pihak bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Semalam, media melaporkan anak lelaki wanita itu yang berusia 16 tahun ditemui lemas jam 8.43 malam, manakala dia hilang selepas terjatuh ke dalam laut.
Saksi memberitahu, kedua-dua mereka sebelum itu terjun ke dalam laut dari tebing setinggi 9.14 meter, kira-kira jam 3.35 petang.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah dalaman keluarga.
*Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-76272929 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma.
Siti Nur Aqilla Omar
Mon Sep 12 2022
Wanita berusia 37 tahun itu ditemui nelayan dalam keadaan terapung pada jam 1.40 tengah hari. - Gambar/ JBPM
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
Mayat wanita jatuh laut bersama anak ditemui
Wanita yang terjatuh ke dalam laut bersama anaknya di Jalan Danga Bay berhampiran Country Garden di sini, semalam, ditemui lemas hari ini.