awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat warga emas ditemukan dengan kesan calar

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2022
10:04 MYT
Mayat warga emas ditemukan dengan kesan calar
Mayat lelaki tempatan berusia 74 tahun itu ditemukan orang awam yang melalui kawasan itu sekitar jam 8 pagi. - Foto Astro AWANI
KOTA TINGGI: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di sebuah kawasan berbukit, berhampiran Lebuh Raya Senai-Desaru menghala ke Desaru, Johor pada Selasa.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mayat lelaki tempatan berusia 74 tahun itu ditemukan orang awam yang melalui kawasan itu sekitar jam 8 pagi.
Katanya mayat ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan dan calar di bahagian kaki dan belakang kepala.
Setakat ini pihaknya tidak dapat memberikan sebarang kemungkinan sama ada mangsa merupakan mangsa bunuh atau terlibat dalam pergaduhan.
"Hasil pemeriksaan dua hari (telah meninggal dunia), belum kembung, belum ada lalat tempoh belum 48 jam.
“Ada sikit kecederaan di beberapa tempat kaki dan kepala belakang. Kita akan siasat lanjut. Jenazah dibawa ke hospital untuk buat post-mortem. Kita akan tahu punca kematian. Kecederaan itu ada sikit di bahu, calar kemungkinan jatuh dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat lokasi kejadian siang tadi.
Jelas Kamarul Zaman lagi, mangsa merupakan penduduk kampung di kawasan itu.
Pihaknya akan menyiasat punca kematian mangsa kerana barangan mangsa masih ada bersamanya seperti wang tunai, telefon bimbit, rokok dan kunci kenderaan.
Namun kenderaan mangsa tiada di lokasi.
Katanya pihak polis juga tiada menerima laporan kehilangan mangsa dari ahli keluarga.
Mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#warga emas
#mayat ditemukan
#Kota Tinggi
#polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan