awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank perkenal ciri 'Money Lock', bolehkan anda kunci dana dalam akaun

Amanz
Amanz
06/01/2025
06:21 MYT
Maybank perkenal ciri 'Money Lock', bolehkan anda kunci dana dalam akaun
Pengguna boleh mengakses ciri ini melalui aplikasi MAE dan perlu melakukan proses pengesahan di ATM atau cawangan Maybank untuk membuka kembali dana yang dikunci. -Amanz
MAYBANK kini hadir dengan sebuah ciri baharu dinamakan sebagai Money Lock.

Ringkasan AI
  • Maybank memperkenalkan ciri baharu "Money Lock" yang membolehkan pengguna mengunci dana mereka untuk meningkatkan keselamatan kewangan.
  • Dana yang dikunci tidak boleh digunakan untuk transaksi dalam talian, pengeluaran ATM, penggunaan kad debit, pembayaran bil, dan lain-lain.
  • Pengguna boleh mengakses ciri ini melalui aplikasi MAE dan perlu melakukan proses pengesahan di ATM atau cawangan Maybank untuk membuka kembali dana yang dikunci.

Melaluinya, Maybank memberikan penumpuan kepada sokongan keselamatan dana pengguna, di mana pengguna boleh mengunci dana mereka melalui ciri Money Lock ini, sekali gus menghalang diakses secara dalam talian.
Maybank berkata dengan adanya lapisan keselamatan ini, pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan perbankan tanpa perlu risau akan keselamatan kewangan mereka.
Pengguna boleh memilih jumlah wang yang ingin dikunci supaya tidak boelh diakses – bermula dari serendah RM10.
Sebaik sahaja dikunci, dana berkenaan tidak boleh digunakan untuk transaksi pemindahan dalam talian, pengeluaran ATM, penggunaan kad debit, pembayaran bil, penempatan deposit tetap, dan lain-lain.
Pengenalan ciri ini menjadikan Maybank yang pertama menawarkan ciri seumpamanya, sekali gus meningkatkan keselamatan dan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan perbankan Maybank.
Pengguna Maybank sedia ada boleh mengakses ciri ini dengan membuka aplikasi MAE, pilih Accounts, dan tekan pada ikon “Money Lock”.
Untuk membuka kembali dana di Money Lock, pengguna perlu melakukan proses pengesahan di mana-mana ATM atau cawangan Maybank seluruh negara. -Amanz
Topic Berkaitan
#Maybank
#Money Lock
#keselamatan kewangan
#kunci dana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan