awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB hormati keputusan tiga exco tidak pertahan kerusi DUN

Bernama
Bernama
05/07/2023
13:59 MYT
MB hormati keputusan tiga exco tidak pertahan kerusi DUN
Amirudin berkata kerusi DUN tersebut melibatkan Bandar Baru Klang, Seri Serdang dan Kota Kemuning. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menghormati keputusan tiga Pengerusi Jawatankuasa Tetap (Exco) Negeri yang tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Amirudin berkata kerusi DUN tersebut melibatkan Bandar Baru Klang yang dimenangi oleh Datuk Teng Chang Khim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian, Industri Kecil dan Sederhana serta Dr Siti Mariah Mahmud (Seri Serdang) yang menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Turut tidak mempertahankan kerusi DUN ialah V. Ganabatirau (Kota Kemuning) iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio-Ekonomi, Kebajikan Masyarakat, Peberdayaan Pekerja dan Kerajaan Prihatin.
"Bagi saya ia merupakan kehilangan kepada Selangor terutamanya atas sumbangan dan kerja baik ditunjukkan oleh ketiga-tiga Exco ini. Namun, kita percaya ia juga memberi ruang kepada muka dan idea baharu untuk meneruskan kesinambungan negeri pada penggal akan datang serta menyambung tugas untuk mentadbir dan memakmurkan Selangor," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Media terdahulu melaporkan tiga Exco kerajaan Selangor mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN disandang pada PRN kali ini iaitu Teng, Dr Siti Mariah dan Ganabatirau.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 12 Ogos sebagai tarikh pengundian manakala penamaan calon pada 29 Julai bagi PRN yang akan dijalankan secara serentak di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#PRN
#DUN
#exco negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan