awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Johor gesa atasi gangguan sistem di CIQ BSI segera

Bernama
Bernama
19/07/2025
12:51 MYT
MB Johor gesa atasi gangguan sistem di CIQ BSI segera
Terdapat keperluan untuk mempunyai sistem pengoperasian yang cekap, konsisten dan mampu berfungsi pada tahap maksimum setiap masa. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor berharap kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera dalam memastikan gangguan sistem di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini tidak berulang lagi di masa hadapan.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata terdapat keperluan untuk mempunyai sistem pengoperasian yang cekap, konsisten dan mampu berfungsi pada tahap maksimum setiap masa, memandangkan CIQ BSI adalah pintu masuk utama negara.
Beliau yang menzahirkan kekecewaan atas gangguan sistem berlarutan selama lebih 24 jam itu berkata meskipun terdapat sedikit penambahbaikan dalam pengurusan kesesakan, ia masih belum memadai.
"Kelemahan seperti ini bukan sahaja menyusahkan rakyat malah boleh menjejaskan imej negeri dan negara di mata dunia kerana ia merupakan antara pintu masuk utama paling sibuk di rantau ini," katanya dalam hantaran di laman Facebook.
CIQ BSI yang terletak di tengah bandar raya Johor Bahru mengendalikan ratusan ribu pergerakan harian keluar masuk, terutama melibatkan laluan dari dan ke Singapura.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) hari ini menyatakan gangguan sistem pagar automatik (autogate) untuk pelawat asing di pintu masuk utama negara sejak semalam berpunca daripada masalah integrasi data yang menyebabkan proses semakan silang dalam sistem MyIMMS menjadi perlahan.
Gangguan itu menyebabkan kesesakan dan barisan menunggu yang panjang di beberapa lokasi utama termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 serta CIQ di BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#autogate
#pelawat asing
#CIQ
#Bangunan Sultan Iskandar
#onn hafiz ghazi
#gangguan sistem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan