Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal hari ini sekali lagi menegaskan kanak-kanak perempuan, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, yang meninggal dunia, Isnin lepas, negatif bagi jangkitan Influenza A.
Dr Sahruddin berkata ia berdasarkan keputusan ujian yang dilakukan pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA) terhadap kanak-kanak berumur tujuh tahun itu.
"Kita dapat (keputusan ujian) daripada HSA memang negatif. Jadi, kenyataan kita adalah berpandukan HSA.
"Kalau dari swasta, saya tidak mahu komen. Saya berpandukan data klinikal daripada HSA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan Peringkat Negeri Johor anjuran Persatuan Perubatan Malaysia, di sini.
Kenyataan dikeluarkan Dr Sahruddin itu sekali gus memberi jawapan kepada kekecewaan salah seorang anggota keluarga kanak-kanak berkenaan, menerusi Facebook, yang seakan mendakwa Allahyarham memang mengidap Influenza A.
BACA: Nur Dinie Damia meninggal dunia
Menteri Besar Johor dalam pada itu turut menasihati orang ramai supaya tidak panik dengan jangkitan influenza yang sedang melanda ketika ini kerana ia merupakan penyakit biasa yang berlaku terutamanya pada hujung tahun.
"Influenza ataupun selsema adalah kes yang biasa terutamanya pada bulan 11 (November) hingga bulan 3 (Mac) berikutan keadaan cuaca dan masyarakat kita akan melancong pada hujung tahun," kata beliau yang turut menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan diri.
Nur Dinie Damia, yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati, meninggal dunia di HSA pada 10.48 malam, Isnin lepas.
Sebelum itu, kanak-kanak berkenaan mendapat rawatan di HSA sejak 10 Januari selepas disyaki dijangkiti influenza, namun, disahkan negatif daripada penyakit itu pada petang Ahad.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Sirat Darat, Kampung Kayu Ara Pasong, dekat Pontian, Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 18 2020
Nur Dinie Damia, yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati, meninggal dunia di HSA pada 10.48 malam, Isnin lepas. - Gambar fail
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
Dr Sahruddin, Dominic diangkat jadi Pengerusi PN Johor, Pulau Pinang - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang beliau pengerusikan pada Sabtu.
Dr Sahruddin kini Pengerusi BPN Bersatu Johor yang baharu
Bekas Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal kini adalah Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor.
PRN Johor: PN harap SOP mesra pengundi, kempen
Perikatan Nasional (PN) Johor yakin prosedur operasi standard (SOP) yang dimuktamad bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan bersifat 'mesra kempen pilihan raya dan pengundi.'
LPNM bakal bangunkan produk hiliran baharu
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) kini dalam usaha untuk membangunkan produk hiliran baharu iaitu pelet makanan haiwan ruminan yang dihasilkan daripada sisa buah berkenaan.
UMNO, Bersatu bentuk kerajaan negeri Johor
Gabungan kerajaan negeri Johor yang baharu akan dibentuk oleh UMNO, MIC, Bersatu, Pas dan serta beberapa ADUN daripada parti lain yang tidak dimaklumkan.
MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif Influenza A
Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal sekali lagi menegaskan kanak-kanak perempuan, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, yang meninggal dunia, Isnin lepas, negatif bagi jangkitan Influenza A.
Pemberian bantuan khas nelayan bukan isu - MB Johor
Kerajaan negeri Johor menyifatkan pemberian bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 yang diumumkan semalam, tidak sepatutnya dijadikan isu
Tiada kompromi, tindakan tegas sebar isu perkauman, agama - Muhyiddin
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan atau menyebar isu perkauman dan keagamaan melalui media sosial.
Istana Johor tiada hak campur tangan isu umur belia - PM
Istana Johor tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan penentuan had umur belia di negeri berkenaan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pegawai KPI lapor prestasi portfolio barisan Exco Johor - MB
Meskipun baru hampir tiga minggu memegang jawatan Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal mempunyai visi dan misi jelas mahu melihat negeri itu lebih maju dan makmur di bawah pentadbirannya.