awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Kedah nafi berniat jahat, fitnah Anwar ketika kempen PRU15

Bernama
Bernama
17/03/2023
09:00 MYT
MB Kedah nafi berniat jahat, fitnah Anwar ketika kempen PRU15
Sanusi berkata beliau sekadar mengkritik Anwar bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam satu kempen pilihan raya 'Jelajah PN Best Tambun' tahun lepas.
Muhammad Sanusi, 48, dalam pernyataan pembelaannya bagi menjawab saman fitnah Perdana Menteri terhadapnya sebaliknya berkata beliau sekadar mengkritik Anwar bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pada 11 Jan lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan Menteri Besar Kedah itu memfailkan pernyataan pembelaan bagi menjawab saman fitnah difailkan Pengerusi Pakatan Harapan itu, selewat-lewatnya 13 Feb.
Saman yang difailkan pada 13 Dis tahun lepas berkenaan berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah pilihan raya 'Jelajah PN Best Tambun' yang didakwa mengaitkan Anwar dengan perlakuan tidak bermoral.
Muhammad Sanusi dalam pernyataan pembelaannya turut menegaskan bahawa beliau hanya menjalankan tanggungjawab dan kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana juga plaintif yang bukan sahaja mengkritik, bahkan membuat tuduhan ke atas parti lawan dalam tempoh kempen pilihan raya.
"Oleh demikian, ucapan tersebut memberi sudut pandang berbeza dan kritikan ke atas plaintif bersandarkan kepada fakta dan rekod yang benar berkaitan plaintif tidak seharusnya disekat dan dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Sementara itu, Anwar menerusi jawapan kepada pembelaan yang difailkan pada 13 Mac lepas menegaskan bahawa hak defendan untuk kebebasan bersuara adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada pelbagai sekatan dan ceramah politik termasuk dalam peruntukan di bawah Akta Fitnah 1957.
Menurut Anwar, defendan mengungkapkan kata-kata fitnah itu kepada pengundi di Tambun dan ia bukan kawasan pilihan raya defendan.
Anwar, 75, dalam pernyataan tuntutannya berkata pada 13 Nov tahun lepas Muhammad Sanusi telah memberi ucapan pilihan raya pada ceramah tersebut sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.
Menurut Anwar, ucapan dalam ceramah itu telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung di aplikasi Facebook di bawah nama "Faizal Azumu" yang mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.
Menurut Presiden PKR itu, pada 14 Nov 2022, kenyataan fitnah daripada video tersebut telah dipetik oleh MalaysiaKini dan portal itu menerbitkan satu artikel dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#tiada niat jahat
#Jelajah PN Best Tambun
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan