KANGAR: Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
"Saya dah maklum berita daripada SPRM dan serah kepada budi bicara SPRM, setakat tu sajalah," jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita selepas sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, hari ini.
Terdahulu, SPRM menahan reman enam orang termasuk anak lelaki seorang menteri besar bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu.
Selain anak Mohd Shukri, turut ditahan dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala selebihnya adalah kontraktor syarikat.
Kesemua suspek yang berusia 26 hingga 37 tahun ditahan oleh SPRM antara pukul 7 hingga 8 pagi semalam (Selasa) di sekitar Perlis.
Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan perintah reman terhadap kesemua suspek bermula hari ini sehingga esok bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
MOHD SHUKRI: "Saya dah maklum berita daripada SPRM dan serah kepada budi bicara SPRM, setakat tu sajalah." - Gambar fail/Bernama
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Enam cedera serangan Dron Russia di wilayah Kharkiv, Dnipro
Russia melancarkan serangan dron ke atas wilayah Kharkiv dan Dnipro di Ukraine, sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang cedera dan kerosakan infrastruktur kritikal pada bangunan komersial dan kediaman, kata pegawai wilayah.
Lebih 80 migran diselamatkan di luar pantai Libya
87 migran termasuk wanita dan kanak-kanak diselamatkan pihak berkuasa Itali di laut Mediterranean, di luar pantai Libya.
Bot dinaiki mereka berlayar dari Zawiya, Libya dikatakan penuh sesak selain dimasuki air ketika dipintas pihak berkuasa.
Bot dinaiki mereka berlayar dari Zawiya, Libya dikatakan penuh sesak selain dimasuki air ketika dipintas pihak berkuasa.
Kendall rasai sendiri ujian jet pejuang F-16 menggunakan AI
Sebuah jet pejuang F-16 bagi tujuan ujian yang membawa Setiausaha Tentera Udara Frank Kendall mencipta sejarah apabila dikawal sepenuhnya teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Kendall berkata beliau cukup yakin dengan keupayaan AI termasuk melancarkan serangan.
Kendall berkata beliau cukup yakin dengan keupayaan AI termasuk melancarkan serangan.
Polis Kanada dakwa tiga individu
Polis Kanada menahan dan mendakwa tiga lelaki India pada Jumaat atas pembunuhan Ketua Pemisah Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lalu.
Dakwa India negara xenofobia, Menteri Luar sangkal kenyataan Biden
Biden berkata Jepun dan India, bersama Rusia dan China adalah negara xenofobia yang tidak mahu menerima imigran.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
MB Perlis disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM
Projek terlibat termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Mohd Shukri mula tugas sebagai Menteri Besar Perlis
Mohd Shukri tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini pada jam 9 pagi.
'Nak panggil saya Cikgu pun saya tidak kisah' - MB Perlis
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menyatakan bahawa dirinya tidak kisah dipanggil 'cikgu' meskipun kini memegang jawatan nombor satu di dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.
PM dan isteri hadir ke resepsi perkahwinan anak MB Perlis
Resepsi bagi meraikan Atiqah Bazilah Azlan dan pasangannya, Mohamad Faizal Che Mohd Din, berlangsung dengan meriah.
Yusra Asna bangun 4 pagi bantu tebar roti canai
Yusra Asna Ruslin berkata, dia sanggup bangun seawal jam 4 pagi sepanjang cuti sekolah untuk membantu ibu bapanya di gerai.
Kemerdekaan boleh hilang akibat perpecahan - Azlan Man
Semangat patriotisme perlu wujud dalam kalangan rakyat Malaysia bagi memastikan bahawa negara ini terus kekal merdeka dan nikmat kemerdekaan pasti terancam sekiranya berlaku perpecahan.
Kenyataan Shahidan bersifat individu, bukan suara UMNO Perlis - Azlan Man
Azlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar berkata, perbezaan itu tidak mencerminkan pendirian keseluruhan UMNO Perlis.
Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan.
Kluster Sivagangga: 872 penduduk Kuala Sanglang akan disaring- MB Perlis
Dua kampung yang terlibat adalah Kampung Kuala Sanglang seramai 560 orang serta Kampung Pulau Timbul melibatkan 312 orang penduduk.