awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Selangor tinjau kawasan bencana ribut di BBST hari ini

Bernama
Bernama
07/03/2021
21:33 MYT
MB Selangor tinjau kawasan bencana ribut di BBST hari ini
Seorang penduduk Taman Seroja BBST kelihatan sedang mengambil gambar keadaan kenderaannya yang hampir dihempap pokok ketika melakukan gotong royong membersihkan kawasan-kawasan yang terjejas teruk selepas dilanda ribut, 7 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dijadual melawat kawasan yang dilanda bencana ribut hari ini di Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi (BBST).
Turut serta dalam lawatan tapak itu adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Datuk Abd Hamid Hussain.
Kejadian ribut pada Sabtu merosakkan 105 rumah ekoran hujan lebat yang berlaku kira-kira 5 petang.
Antara kawasan perumahan BBST yang terjejas adalah Taman Seroja dengan 17 rumah, Taman Dahlia (19), Apartment Seroja Hill (tujuh), Apartment Taman Dahlia (12), Kampung Baru Pekan Salak (20) dan Kampung Salak Tengah (tujuh).
Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seroja dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) BBST turut mengalami kerosakan.
Ribut yang merosakkan kira-kira 100 rumah di Zon Bandar Baru Salak Tinggi Utara pada Sabtu disifatkan sebagai ribut terburuk dan kali pertama berlaku di kawasan itu.--fotoBERNAMA
Ribut yang merosakkan kira-kira 100 rumah di Zon Bandar Baru Salak Tinggi Utara pada Sabtu disifatkan sebagai ribut terburuk dan kali pertama berlaku di kawasan itu.--fotoBERNAMA
Selain itu, angin kuat dan hujan lebat yang berterusan itu turut merosakkan khemah dan peralatan sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi berkata beberapa SJR turut mengalami kerosakan antaranya di Jalan BBST/Nilai; Jalan Pekan Salak/Kota Seriemas; Jalan Salak/Jijan; Jalan Sepang/Labu; tol Serenia dan tol Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut
#BBST
#Taman Seroja
#Bandar Baru Salak Tinggi
#rumah
#rosak
#hujan lebat
#Sepang
#Abd Hamid Hussain
#lawatan
#Amirudin Shari
#Menteri Besar
#Wan Kamarul Azran Wan Yusof
#SJR
#Sekatan Jalan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan