Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membentangkan dokumen sokongan berhubung keputusan menggugurkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai anggota Lembaga Pengarahnya.
Beliau berkata semua dokumen sokongan berkaitan perlu dikemukakan dan dijelaskan untuk diteliti dalam usaha menyelesaikan kekeliruan yang timbul berikutan pengguguran Anggota Parlimen Gombak itu.
"Biasanya dalam pentadbiran akan ada dokumen-dokumen yang digunakan ketika membuat apa-apa keputusan dan ia perlu dibentangkan dan dijelaskan.
"Maka, saya minta pengurus besar PKNS serta pegawainya tunjuk kepada saya dokumen itu dalam pertemuan esok supaya saya boleh kemukakan sebab pengguguran Azmin itu untuk pengetahuan umum," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan buah limau sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat setempat di sini, Ahad.
Isu pengguguran Azmin menjadi hangat apabila kerajaan negeri dan PKNS menuding jari antara satu sama lain malah Abdul Khalid pula menyatakan hanya mahu memberikan penjelasan setelah berjumpa dengan pengurusan perbadanan itu Isnin.
Pada hari Sabtu, Abdul Khalid menafikan dakwaan beliau terlibat dalam membuat keputusan menggugurkan Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan oleh Pengurus Besar PKNS Othman Omar yang mahu menamatkan khidmat Azmin pada penghujung bulan ini.
Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Setiausaha Kerja PKNS Norita Mohd Sidek yang memaklumkan kuasa melantik Anggota Lembaga Pengarah adalah di tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.
Norita berkata pengguguran Azmin itu juga disahkan oleh MMKN pada Disember lalu.
Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mengkritiknya di laman sosial Twitter beberapa hari lepas, Menteri Besar enggan mengulas namun berjanji akan menyelesaikan segala spekulasi yang timbul berhubung pengguguran Azmin secepat mungkin.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata keputusan untuk beliau bertanding untuk sebarang jawatan dalam pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung dalam bulan Mei, akan bergantung kepada keputusan parti.
Bernama
Mon Jan 20 2014
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.
Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi
Sultan Selangor berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid di Makan Diraja Shah Alam.
Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim
Sesi ziarah dan penghormatan terakhir dibuka kepada orang ramai hingga jam 1 tengah hari ini.
Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.
Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP
Allahyarham juga dikenang sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas pembangkang menewaskan BN Selangor buat pertama kali pada 2008.
Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan memberi peluang kepada rakyat Selangor beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).