Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa hari ini.
Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada The Star Online.
Tengku Adnan berkata Menteri Besar baru akan mengangkat sumpah di Istana Syarqiyyah, Terengganu, pada pukul 8 malam ini.
Walaupun tiada nama pengganti diberikan, Ahmad Said diwar-warkan bakal diggantikan oleh ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Topik penggantian Menteri Besar ini sebelum ini tersebar dengan luas ekoran penulisan Awang Selamat menerusi ruangan pojoknya Bisik-Bisik Awang Selamat, yang mendakwa dua Menteri Besar di negeri yang ditadbir Barisan Nasional akan ditukar tidak lama lagi.
Bagaimanapun Awang Selamat tidak menamakan Menteri Besar mana dan dari negeri mana yang dimaksudkan dalam tulisannya yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 20 April lalu.
Ahmad pula telah menyifatkan khabar angin itu sebagai sengaja dihebohkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan perpaduan UMNO di negeri itu.
Katanya, desas-desus itu bukan satu perkara baru sebaliknya tidak pernah berhenti sejak beliau menerajui negeri itu selepas pilihan raya umum 2008.
Turut menegaskan perkara itu adalah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Abdul Rahman Bakar yang berkata Ahmad akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu seperti mana dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, 25 April lepas.
Abdul Rahman mendakwa Najib telah memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa tiada pertukaran mana-mana Menteri Besar di negeri-negeri di bawah Barisan Nasional.
T K Letchumy Tamboo
Mon May 12 2014
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengangkat sumpah jawatan sebelum ini. --gambar fail
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah punca kekalahan BN - Ahmad Said
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah dan terlalu elit itu menyebabkan mereka terpisah dari masyarakat.
Penganugerahan semula gelaran satu pengiktirafan kepada rakyat Terengganu - Ahmad Razif
Menurut Ahmad Razif beliau bersyukur dan menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
PAS Terengganu nafi pujuk Ahmad Said
Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata pihaknya sudah menjangkakan Ahmad akan membuat pusingan balik dengan menyertai UMNO kembali.
Ahmad Razif angkat sumpah sebagai MB Terengganu yang baru
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperkenan pelantikan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.
MB Terengganu sah letak jawatan, pengganti masih jadi tanda tanya
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa hari ini.
Ahmad Said mahu pemain import berkaliber buat Terengganu
Datuk Seri Ahmad Said mahu pucuk pimpinan baru PBSNT, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid memilih pemain import yang berkaliber buat pasukan negeri itu.
Ahmad Said kekal sebagai MB Terengganu
Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bakal kembali menerajui negeri Terengganu bagi penggal kedua.
15 muka baru bagi calon BN Terengganu
Barisan Nasional (BN) Terengganu mencalonkan tiga muka baru bagi kerusi parlimen dan dua belas muka baru bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13.
MB Terengganu akan pertahan kerusi DUN Kijal
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Terengganu larang pasang bendera politik
Kerajaan negeri Terengganu menguatkuasa larangan pemasangan bendera mana-mana parti di semua jambatan dan bulatan di negeri ini.