awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBKT selenggara kolam terbiar di Dataran Shahbandar

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2022
02:20 MYT
MBKT selenggara kolam terbiar di Dataran Shahbandar
Kolam di kawasan rekreasi di Dataran Shahbandar ditularkan di media sosial Facebook kerana didakwa terbiar dan tidak diselenggara. -Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan membaik pulih dan menyelenggarakan kolam di Dataran Shahbandar yang tidak berfungsi dan terbiar sejak empat tahun lalu.
Datuk Bandar, Rosli Latif berkata, kolam yang sebelum ini pernah menjadi tarikan di kawasan rekreasi dan tumpuan awam itu telah dibersihkan pada 15 Jun lalu.
"Kerja-kerja pembaikian dan penambahbaikan kolam akan dibuat segera. Kerja-kerja ini memerlukan peruntukan kira-kira RM250,000 meliputi kos penggantian pam, lampu, pembinaan landskap dan lain-lain.
"MBKT akan melaksanakan kerja-kerja ini mengikut keupayaan kewangan MBKT," katanya yang menggalas jawatan Datuk Bandar bagi menggantikan Rozali Salleh yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri, berkuat kuasa 1 Jun lalu.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengunjung dan orang awam supaya memainkan peranan menjaga kebersihan dan keindahan bandar Kuala Terengganu.
"Tanggungjawab menjaga kebersihan dan keindahan bandaraya Kuala Terengganu bukan hanya terletak kepada MBKT, tetapi seluruh warga bandaraya dan masyarakat," katanya.
Baru-baru ini tular di media sosial Facebook gambar kolam di Dataran Shahbandar itu yang didakwa terbiar dan tidak diselenggara.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dataran Shahbandar
#kolam terbiar
#Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
#MBKT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan