MALAYSIA
MBM bimbang nasib individu ‘hilang kelayakan belia’ yang masih mahu bergiat

MBM gesa tangguh had umur belia 30 tahun dan cadang ruang baharu untuk kumpulan pasca belia agar terus menyumbang dalam pembangunan generasi muda. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Ada kebimbangan di peringkat Majlis Belia Malaysia (MBM) mengenai nasib pemimpin muda berusia 31 hingga 40 tahun yang masih mahu bergiat kepada kumpulan belia dalam negara, sekiranya status belia hilang susulan pelaksanaan had umur kepada 30 tahun.
Ringkasan AI
- MBM bimbang pemimpin muda berusia 3140 tahun kehilangan ruang untuk terus aktif dalam pertubuhan belia selepas had umur belia dikurangkan kepada 30 tahun bermula 1 Januari 2026.
- MBM mencadangkan penangguhan pelaksanaan had umur atau KBS mewujudkan platform baharu untuk kumpulan pasca belia, agar mereka dapat terus menyumbang dan membimbing generasi baharu.
- KBS bersama MBM sedang mengusahakan inisiatif seperti Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) dan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi memastikan individu berusia 30 tahun ke atas kekal terlibat dalam pembangunan belia.
“MBM ada kebimbangan mengenai ruang untuk individu berusia 31 hingga 40 (untuk menabur khidmat). Belum jelas dan kelihatan ruangan tersebut.
“Oleh itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu ada perancangan yang dijelaskan kepada MBM dan pertubuhan-pertubuhan belia mengenai platform (kegiatan) untuk individu berusia 31 hingga 40 tahun. Itu boleh dijadikan sebagai satu elemen pendamaian berkait isu ini,” katanya.
Dalam temu bual sama, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Syafiq Ridzwan Jamaluddin pula menjelaskan, ruang tersebut sudah diusahakan, tetapi perlu diperluaskan. Matlamatnya adalah untuk memboleh golongan pasca belia ini membimbing generasi pemimpin belia baharu.
"Kita pernah wujudkan Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) Malaysia.
"Sekarang kita bekerjasama dengan KBS untuk membantu pekerja belia profesional mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), supaya individu berusia 30 tahun ke atas yang masih ada semangat dan tenaga untuk bimbing adik-adik belia,” jelasnya.
Untuk konteks, Pada 1 Januari 2026 had umur belia di Malaysia akan dikurangkan kepada 30 tahun setelah dua kali penangguhan bagi menguatkuasakan peruntukan berkaitan selaras Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) yang dipinda dan diluluskan pada 2019 yang lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami