awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar
Tebing Barat hadapi krisis kemanusiaan terburuk sejak 1967 - UNRWA
PRK Kinabatangan: Dua calon selesai mengundi setakat 9 pagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBPP arah 12 gerai di pusat penjaja ditutup kerana kotor

Bernama
Bernama
17/10/2025
15:08 MYT
MBPP arah 12 gerai di pusat penjaja ditutup kerana kotor
Sebanyak 12 gerai di tapak penjaja di sini diarahkan tutup berikutan tahap kebersihan premis yang kurang memuaskan dan penemuan urungan tikus serta lipas di kawasan gerai berkenaan. - Foto Facebook MBPP
GEORGE TOWN: Sebanyak 12 gerai di tapak penjaja di sini diarahkan tutup berikutan tahap kebersihan premis yang kurang memuaskan dan penemuan urungan tikus serta lipas di kawasan gerai berkenaan.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara aspek yang diberi perhatian adalah syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Jabatan Perlesenan seperti kebersihan gerai dan pematuhan pengendali makanan.
"Sebanyak 12 daripada 22 buah gerai makanan yang diperiksa dalam operasi itu telah dikenakan tindakan penutupan serta-merta selama 14 hari berkuat kuasa pada 15 Okt ini.
"Tindakan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil 38 (1), Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) MPPP 1991 berikutan tahap kebersihan premis yang kurang memuaskan iaitu berada di bawah standard yang ditetapkan dan penemuan urungan tikus serta lipas di kawasan gerai," menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan MBPP sentiasa menitikberatkan kebersihan gerai makanan bagi memastikan keterjaminan makanan yang disediakan kepada pelanggan berada pada tahap yang bersih dan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBPP
#arah gerai ditutup
#premis kotor
#tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan