awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup

Bernama
Bernama
21/02/2025
03:10 MYT
MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
MBPP akan terus menjalankan kerjasama dan operasi bersepadu dengan pihak Imigresen Pulau Pinang bagi semua aktiviti perniagaan yang melibatkan peniaga atau pekerja warga asing. - Foto MBPP
GEORGE TOWN: Lima premis makanan di kawasan Bandar Baru Air Itam di sini diarah tutup oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berikutan penemuan urungan lipas dan najis tikus serta faktor kebersihan kurang memuaskan.
MBPP dalam kenyataan memaklumkan kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari bermula semalam selepas pihaknya menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang.
"Operasi dijalankan bermula 10 pagi dan tindakan penguatkuasaan ini adalah mengikut 38(1) Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan MPPP 1991.
"Selain itu, pemeriksaan mendapati satu daripada lima premis makanan ini tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah dikeluarkan oleh MBPP," menurut kenyataan itu di Facebook hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan JIM Pulau Pinang turut menahan 19 warga asing iaitu 14 wanita dan lima lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai makanan kerana pelbagai kesalahan, antaranya tiada dokumen perjalanan yang sah, menyalahguna pas lawatan sosial dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.
MBPP akan terus menjalankan kerjasama dan operasi bersepadu dengan pihak JIMPP bagi semua aktiviti perniagaan yang melibatkan peniaga atau pekerja warga asing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#najis tikus
#operasi bersepadu
#premis makanan diarah tutup
#MBPP
#premis makanan kotor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan