awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengusaha diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan vape di Perak
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBPP batal lesen dua peniaga, sita gerai kerana bergaduh

Bernama
Bernama
20/11/2025
14:38 MYT
MBPP batal lesen dua peniaga, sita gerai kerana bergaduh
Punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham antara tiga pembantu gerai di kompleks itu sehingga menimbulkan kacau ganggu.
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil tindakan membatalkan lesen dua peniaga dan menyita dua gerai yang terlibat dengan pergaduhan di Kompleks Padang Dato Keramat di sini dalam kejadian 2 Nov lepas.
MBPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima surat penjelasan bagi notis representasi dan rayuan daripada pemilik gerai yang berniaga di situ berhubung pergaduhan yang melibatkan pembantu gerai.
"MBPP pada mulanya telah membatalkan lesen ketiga-tiga pelesen yang terlibat dalam pergaduhan itu, namun selepas menerima surat penjelasan bagi notis representasi dan rayuan daripada mereka termasuk hadir ke sesi rayuan bagi peruntukan semula lesen di kompleks itu semalam, pihaknya meneliti rayuan.
"Justeru, MBPP memutuskan satu peniaga diperuntukkan semula lesen manakala dua lagi ditolak rayuan dan dikekalkan keputusan menarik semula peruntukan lesen mereka kerana mengancam keselamatan serta keselesaan peniaga dan pelanggan di kompleks berkenaan," menurut kenyataan itu.
MBPP memaklumkan pihaknya dimaklumkan secara lisan punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham antara tiga pembantu gerai di kompleks itu sehingga menimbulkan kacau ganggu terhadap pelesen lain dan pelanggan di situ.
MBPP membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 3 Nov lepas dan siasatan mendapati pergaduhan itu melibatkan kacau ganggu kepada dua pengunjung dan kanak-kanak sehingga mengancam keselamatan mereka.
Menurut kenyataan itu, insiden berkenaan memberikan kesan negatif kepada imej MBPP dan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan isu pergaduhan, malah akan mengambil tindakan tegas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBPP
#kes gaduh
#batal lesen
#Kompleks Padang Dato Keramat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan