awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBS hilang hasil lebih setengah juta akibat iklan tanpa permit

Bernama
Bernama
10/07/2024
20:00 MYT
MBS hilang hasil lebih setengah juta akibat iklan tanpa permit
Kerja-kerja merobohkan papan tanda iklan haram dilakukan di tepi Lebuhraya PLUS. - Gambar kecil Mohd Zafir. - Gambar/ Sinar Harian
NILAI: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kehilangan kutipan hasil lebih setengah juta akibat pemasangan papan tanda iklan tanpa permit.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata, daripada 225 papan iklan, sebanyak 145 telah dirobohkan, manakala 80 lagi masih dalam proses dan dijangka selesai hujung bulan depan.
Beliau berkata, segelintir pemilik iklan haram itu mendirikan semula papan iklan yang dirobohkan meskipun tindakan telah diambil.
"Isu ini sudah lama dibangkitkan oleh MBS sejak 2018 lagi, ada usaha diambil yang mana kompaun dikeluarkan, namun tidak dapat apa-apa tindak balas daripada pemilik papan iklan ini.
"MBS meminta pemilik produk atau perkhidmatan mengiklankan produk melalui syarikat yang berdaftar dengan lebuh raya atau berlesen dengan MBS," katanya kepada pemberita selepas operasi papan tanda iklan haram di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan(PLUS) yang turut dihadiri Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali.
Beliau berkata Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS melalui Akta Jalan Parit dan Bangunan serta Undang-Undang Kecil (UUK) Iklan mengambil tindakan penguatkuasaan menerusi kompaun serta notis dan sebagai langkah terakhir tindakan merobohkan papan iklan akan dilakukan.
Mohd Zafir berkata, tindakan pihak pengiklanan tidak mengikut spesifikasi pemasangan papan tanda ditetapkan boleh mengundang bahaya kepada pengguna lebuh raya terutamanya apabila hujan lebat atau angin kencang.
Beliau berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain di negeri ini juga digesa memantau papan iklan haram di daerah masing-masing bagi memastikan tidak berlaku ketirisan terhadap hasil negeri. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#mbs
#Seremban
#papan tanda iklan
#tiada permit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan