MBS nilai semula lokasi unit MyKiosk - Exco

J. Arul Kumar ketika sesi Persidangan Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15. - Foto Bernama
SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan mengambil tindakan segera untuk memindahkan unit MyKiosk yang dikenal pasti kurang mendapat sambutan ke lokasi baharu yang lebih strategik, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan diberitahu hari ini.
Ringkasan AI
- MBS akan memindahkan unit MyKiosk yang kurang mendapat sambutan ke lokasi strategik baru setelah penilaian semula lokasi tersebut.
- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J. Arul Kumar, menyatakan bahawa beberapa lokasi MyKiosk tiada peniaga dan akan dipindahkan jika situasi ini berterusan.
- Kerajaan negeri Negeri Sembilan komited memastikan inisiatif seperti MyKiosk memberi pulangan terbaik kepada peniaga kecil, terutamanya golongan B40 dan usahawan baharu.
"Datuk Bandar Seremban turut maklumkan, jika dalam tempoh sebulan masih tiada peniaga, MyKiosk berkenaan akan dipindahkan. Itu antara tindakan yang dilaksanakan. Saya juga akan memastikan semua MyKiosk tidak aktif dipindahkan segera, paling penting, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peniaga-peniaga yang layak," katanya ketika menjawab soalan lisan persidangan DUN di sini.
Arul menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Asna Amin (BN-Lenggeng) yang mahu kerajaan negeri menjelaskan tindakan diambil bagi menyelesaikan isu MyKiosk yang tiada sambutan di Lenggeng serta keadaan yang sama berlaku di Labu, Nilai.
Beliau berkata kerajaan negeri komited memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi pulangan terbaik kepada peniaga kecil, khususnya golongan B40 dan usahawan baharu yang menyertai MyKiosk.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


