awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBSA laksana tukar nama Persiaran Tun Arshad Ayub

Sinar Harian
Sinar Harian
30/06/2022
01:50 MYT
MBSA laksana tukar nama Persiaran Tun Arshad Ayub
Petugas MBSA menukar nama Persiaran Institut di Seksyen 1, Shah Alam, kepada Persiaran Tun Arshad Ayub, pada Selasa. - Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan kerja penukaran nama nama Persiaran Institut di Seksyen 1, di sini ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub pada Selasa.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar nama persiaran tersebut ditukar bersempena nama pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) yang kini dikenali sebagai sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Menurutnya, pertukaran nama persiaran tersebut meliputi jalan sepanjang 1.62 kilometer (km) bermula dari Bulatan Bistari (Seksyen 2 dan Seksyen 3) hingga ke persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Selangor (Unisel) Seksyen 7 di sini.
"Pertukaran nama persiaran ini adalah bagi mengenang jasa Allahyarham Tun Arshad Ayub yang merupakan tokoh pendidikan negara yang dihormati, disegani dan banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi negara khususnya pembangunan di UiTM," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Baru-baru ini, Sultan Sharafuddin menitahkan nama Persiaran Institut di Seksyen 1, Shah Alam ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub.
Adalah dimaklumkan, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang menitahkan agar nama Persiaran Institut di Seksyen 1, Shah Alam ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub, pic.twitter.com/oB3W4qlEBt
— MBSA (@sacitycouncil) June 28, 2022
Menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office pada Khamis, nama baharu itu diambil bersempena nama Pengarah ITM pertama yang kini dikenali sebagai UiTM. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pengarah pertama ITM
#MBSA
#tukar nama jalan
#Persiaran Tun Arshad Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan