SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memohon maaf berikutan insiden pertengkaran membabitkan seorang kakitangannya dan seorang pelanggan semasa berurusan di kaunter Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning yang tular pada Selasa.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, siasatan dalaman mendapati kejadian yang dirakam orang awam itu berlaku pada 26 April lalu.
Menurutnya, kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.
"Salah faham ini telah dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Shahrin berkata, MBSA sedaya berusaha memastikan masalah itu tidak berulang dan berharap penjelasan itu dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu video yang tular di media sosial.
"MBSA sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pihak MBSA," katanya.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, tular rakaman video seorang kakitangan MBSA dan seorang pelanggan bertengkar di kaunter Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning pada Isnin.
Video durasi satu minit 38 saat itu menunjukkan berlaku provokasi antara kedua-dua individu terbabit namun punca sebenar pertengkaran tidak dapat dipastikan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 17 2022

Siasatan dalaman mendapati kejadian yang dirakam orang awam itu berlaku pada 26 April lalu berpunca daripada salah faham di antara seorang pelanggan dan petugas di kaunter berhubung nombor giliran. -Video tular

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

MBSA laksana tukar nama Persiaran Tun Arshad Ayub
Pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor agar nama persiaran tersebut ditukar bersempena nama pengarah pertama ITM.

Kakitangan MBSA lemas ketika selam skuba di Pulau Tenggol
Seorang kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor ditemukan lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Pulau Tenggol dekat Dungun pagi tadi.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

MBSA dapatkan maklumat kakitangan bertengkar dengan pelanggan
Menerusi rakaman video itu, kakitangan dan individu terbabit masing-masing tidak berpuas hati antara satu sama lain

Isu 'periuk api di mana-mana' tarik perhatian MBSA
MBSA mempunyai pasukan 'road gang' terdiri daripada kakitangan dalaman melakukan kerja-kerja pembaikan kecil.

MBSA sasar semua sampah sisa banjir dikeluarkan Ahad ini
Proses pembersihan 21 lokaliti terjejas banjir di kawasan pentadbiran MBSA kini mencapai 80 peratus.

Kutipan sampah pukal pascabanjir dijangka selesai dua minggu lagi - MBSA
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjangkakan proses pembersihan sampah pukal di kawasan pascabanjir yang sedang dilaksanakan secara maksimum ketika ini, akan selesai dalam tempoh dua minggu.

Zip Line Shah Alam kembali beroperasi
Pengunjung diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) am berkait sektor sukan dan rekreasi serta memastikan telah lengkap vaksinasi dan menjaga penjarakan fizikal.

Zamani Ahmad dilantik Datuk Bandar Shah Alam kesembilan
Zamani Ahmad menggantikan Datuk Haris Kasim, yang kini bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti
Limpahan cahaya empat warna iaitu merah, putih, hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin di bangunan itu dipasang dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam sejak Isnin.