awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBSA sedia 445 CCTV pantau kawasan risiko banjir, tapak pelupusan haram

Bernama
Bernama
26/09/2023
06:55 MYT
MBSA sedia 445 CCTV pantau kawasan risiko banjir, tapak pelupusan haram
CCTV berkenaan dipasang bagi pemantauan 24 jam dan sebagai persediaan menghadapi banjir di kawasan pentadbiran majlis itu, termasuk 145 CCTV bergerak di kawasan tapak pembuangan sampah haram. -Gambar hiasan/Bernama
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan sebanyak 445 rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berisiko banjir dan tapak pembuangan sampah haram, kata Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Cheremi Tarman.
Katanya, CCTV berkenaan dipasang bagi pemantauan 24 jam dan sebagai persediaan menghadapi banjir di kawasan pentadbiran majlis itu, termasuk 145 CCTV bergerak di kawasan tapak pembuangan sampah haram.
Selain itu, katanya, sebanyak 50 CCTV turut disediakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membantu memantau kejadian bah di kawasan MBSA.
Mengenai persiapan banjir, beliau berkata sebanyak 36 projek yang telah, sedang dan akan dimulakan melibatkan tiga fasa bermula tahun lepas dengan menumpukan kepada kawasan yang pernah dilanda banjir teruk seperti Taman Sri Muda, Stadium Shah Alam, Jalan Kebun dan beberapa kawasan di Klang Utara.
"Projek-projek utama bagi menangani masalah banjir ini dijangka akan siap pada tahun ini, manakala projek kecil lain akan disambung lagi pada tahun hadapan," katanya ketika ditemui media pada Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-27 di sini hari ini.
Cheremi berkata pihaknya turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyegerakan pembinaan ban di sepanjang Sungai Damansara dan Sungai Klang untuk tujuan sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBSA
#CCTV
#banjir
#tapak pembuangan sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan