MCA akan membantu kerajaan dan Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara.
Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA sangat mengambil berat perkara itu dan mengaku apa yang dilakukan ketika ini masih tidak memadai untuk memastikan seluruh pelajar di sekolah aliran berkenaan menguasai bahasa kebangsaan.
"MCA menyambut baik usaha kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di SJKC.
"Kita memang sedia membantu SJKC pertingkatkan bahasa kebangsaan ini dan penting untuk mereka fasih dan belajar bahasa ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia Ke-55 di sini, pada Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan statistik Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mendapati 604 peserta Cina dan India tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Perkara itu didedahkan Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor Prof Dr Teo Kok Seong berikutan kajian yang dijalankan ke atas 14,000 pelatih di 79 buah kem PLKN di seluruh negara pada 2010.
Liow, yang mengakui pelajar yang tinggal di luar bandar sememangnya menghadapi kesukaran untuk menguasai bahasa Melayu berkata kelas tambahan untuk pengajaran bahasa itu perlu diadakan.
"Di sekolah, pelajar perlu menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dan kerana itu ia merupakan faktor mereka sukar menguasainya pada peringkat sekolah rendah.
"Tetapi apabila mereka berada di sekolah menengah, keadaan itu sudah berubah dan mereka boleh menguasainya dengan baik walaupun secara perlahan," katanya.
Beliau berkata satu jawatankuasa dipengerusikan timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong telah pun mengerakkan usaha ke arah itu dengan kerjasama badan bukan kerajaan.
"Saya yakin dengan usaha ini pelajar di SJKC dapat memperbaiki penguasaan bahasa Melayu. Apa pun ia boleh diperbaiki," katanya.
Bernama
Sun Nov 02 2014
LIOW: MCA sedia bantu SJKC pertingkatkan bahasa kebangsaan ini dan penting untuk mereka fasih dan belajar Bahasa Melayu.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.