awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

McDonald's Malaysia nafi beri bantuan kepada Israel

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
10/12/2017
06:14 MYT
McDonald's Malaysia nafi beri bantuan kepada Israel
McDonald's Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap seruan untuk memboikot restoran itu sebagai tindak balas terhadap pengumuman Trump baru-baru ini. - BERNAMA/Fail
McDonald's Malaysia (McDonald's) melahirkan rasa kecewa terhadap seruan netizen untuk memboikot restoran itu sebagai tindak balas terhadap pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan di Facebook, McDonald's menafikan dakwaan bahawa restoran makanan ringan itu menyalurkan dana kepada Israel seperti yang tersebar di media sosial.
Syarikat tersebut menyifatkan dakwaan itu sebagai satu tuduhan yang tidak berasas.
"Dakwaan bahawa McDonald's menyalurkan dana kepada Israel adalah satu tuduhan yang tidak benar, dusta, palsu dan fitnah.
"Dakwaan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mesej WhatsApp juga tidak berasas.
"Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini," kata Pengarah Urusan dan Pemilik Saham Tempatan Gerbang Alaf Restoran, Azmir Jaafar.
Azmir berkata mereka tidak menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik atau keagamaan di mana-mana negara di dunia.
Tambah beliau, McDonald's tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan fitnah menerusi platform media sosial dan saluran-saluran lain.
McDonald's Malaysia yang mempunyai lebih 200 restoran francais di negara ini juga pernah berhadapan dengan seruan boikot pada tahun 2014 kerana didakwa memberi bantuan dana kepada Israel.
Khamis lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencipta sejarah sebagai presiden pertama AS mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Malaysia
#politik
#PRU14
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan