awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

McLaren Elva buat kemunculan di Malaysia

Bernama
Bernama
21/02/2022
07:15 MYT
McLaren Elva buat kemunculan di Malaysia
Reka bentuk McLaren Elva dipamerkan ketika majlis pratonton di McLaren Kuala Lumpur Seksyen U1 hari ini. - Gambar BERNAMA
SHAH ALAM: McLaren Elva, model tambahan terbaharu kepada supercar British dan pembuat kereta berkuasa tinggi McLaren Automative's Ultimate Series, yang didatangkan dengan varian cermin depan roadster Elva ultra eksklusif, dipertontonkan secara perdana hari ini.
Ketua Pegawai Operasi McLaren Kuala Lumpur, Ravinder Singh berkata, dengan hanya 149 unit tersedia untuk pembelian di seluruh dunia, penampilan sulung McLaren Elva di sini menjadi bukti pentingnya McLaren Automotive berada di pasaran Malaysia.
"Kami di McLaren Kuala Lumpur ingin mengucapkan terima kasih kepada prinsipal kami, McLaren Automotive kerana menyediakan model ini kepada kami. Ia adalah satu cabaran untuk mendapatkan kereta itu untuk berada di sini, tetapi pada akhirnya, ia berbaloi dengan masa dan perbelanjaan. Supercar sebenar untuk semua peminat kereta," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian McLaren Elva di sini hari ini.
McLaren Elva ialah kereta berkuasa tinggi dua tempat duduk tanpa bumbung, dengan enjin V8 pengecas turbo berkembar, yang membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 2.8 saat dan 0 hingga 200 km/j dalam masa 6.8 saat.
Cermin depan Elva direka untuk pelanggan yang lebih suka mempunyai skrin fizikal berbanding penghadang angin yang disediakan oleh Sistem Pengurusan Udara Aktif (AAMS). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#McLaren Elva
#supercar British
#roadster Elva ultra
#McLaren Automotive
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan