awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC cadang hadkan pemilikan dua kad sim bagi setiap pengguna - Teo

Bernama
Bernama
22/10/2025
06:30 MYT
MCMC cadang hadkan pemilikan dua kad sim bagi setiap pengguna - Teo
Teo (foto) berkata kajian itu turut melibatkan cadangan membenarkan warga asing hanya memiliki dua nombor prabayar tanpa mengambil kira syarikat telekomunikasi yang digunakan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan rundingan awam bagi garis panduan pendaftaran kad SIM prabayar yang mencadangkan agar warganegara Malaysia hanya dibenarkan memiliki dua nombor sahaja bagi setiap syarikat telekomunikasi.

Ringkasan AI
  • MCMC sedang merangka garis panduan baharu yang mengehadkan warganegara Malaysia kepada dua nombor prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi, manakala warga asing hanya dibenarkan dua nombor secara keseluruhan.
  • Langkah ini bertujuan mengurangkan penyalahgunaan kad SIM prabayar untuk penipuan, penyebaran maklumat palsu dan ugutan.
  • Rundingan awam dijangka selesai hujung November dan garis panduan baharu disasarkan dikuat kuasa pada suku pertama tahun hadapan.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kajian itu turut melibatkan cadangan membenarkan warga asing hanya memiliki dua nombor prabayar tanpa mengambil kira syarikat telekomunikasi yang digunakan.
Beliau berkata proses rundingan itu dijangka selesai hujung November ini dan MCMC menyasarkan garis panduan baharu dapat dikuat kuasa pada suku pertama tahun hadapan.
"Dengan mengetatkan garis panduan ini, kita berharap dapat mengurangkan penyalahgunaan kad SIM prabayar yang sering digunakan untuk mendaftar akaun media sosial bagi tujuan penipuan, penyebaran maklumat palsu atau ugutan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Teo berkata berdasarkan garis panduan sedia ada yang ditetapkan sejak 2017, setiap individu dibenarkan mendaftar sehingga lima nombor prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi.
"Ini bermaksud seseorang boleh mempunyai lima nombor daripada Maxis, lima daripada Celcom, lima daripada Digi, lima daripada U Mobile, dan lima daripada YTL... ini menjadikan jumlah nombor kad SIM yang agak besar untuk satu individu," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) berhubung cadangan kerajaan merangka dasar penggunaan kecerdasan buatan secara beretika dan langkah mengukuhkan keupayaan forensik digital di bawah MCMC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Teo Nie Ching
#Kad Sim Prabayar
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan