awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendigitalan gagal jika syarikat tidak ubah cara kerja
Sistem kehakiman syariah mesra rakyat keutamaan Sarawak - Abang Johari
Johor Royal Press Office siar gambar eksklusif arkib Almarhum Sultan Iskandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC diminta tambah baik 1,099 NADI seluruh negara demi manfaat optimum rakyat - Fahmi

Bernama
Bernama
07/07/2025
12:56 MYT
MCMC diminta tambah baik 1,099 NADI seluruh negara demi manfaat optimum rakyat - Fahmi
Fahmi berkata, antara penambahbaikan yang boleh dilaksana termasuk meningkatkan kelajuan internet di NADI serta memperkenal perkhidmatan tambahan seperti e-Kesihatan. - Bernama
GENEVA (Switzerland): Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta melaksanakan pelbagai penambahbaikan ke atas 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara bagi memastikan manfaat optimum kepada rakyat.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata antara penambahbaikan yang boleh dilaksana termasuk meningkatkan kelajuan internet di NADI serta memperkenalkan perkhidmatan tambahan seperti e-Kesihatan.
"Saya akan minta supaya MCMC meneliti beberapa penambahbaikan supaya NADI ini benar-benar dapat menjadi NADI MADANI.
"Kita mahu semua 1,099 NADI MADANI dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia," katanya selepas majlis penyampaian Hadiah Sidang Kemuncak Masyarakat Maklumat Sedunia (WSIS) 2025 di sini hari ini.
Pada majlis itu, Projek Inklusif Digital NADI Malaysia oleh MCMC muncul johan Hadiah WSIS 2025 melalui Inisiatif NADI Pulau Banggi atas kejayaan pusat berkenaan menyediakan literasi digital, latihan kemahiran dan peluang ekonomi kepada salah satu komuniti pulau paling terpencil di Malaysia.
Fahmi berkata kejayaan yang diperoleh NADI itu adalah pengiktirafan dunia terhadap usaha MCMC dalam merapatkan jurang kesalinghubungan internet rakyat Malaysia.
"Ini satu pengiktirafan bahawa usaha di bawah MCMC bukan hanya berhasil membantu warga di kawasan pedalaman yang lama dibelenggu masalah internet, malah boleh dijadikan contoh kepada negara lain.
"Di banyak tempat, bila saya bercakap dengan menteri-menteri dan saya memaklumkan kepada mereka tentang usaha seperti ini, mereka menunjukkan minat untuk melihat inisiatif dan model ini," katanya.
Anugerah WSIS dianjurkan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bersama agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengiktiraf projek ICT yang menyumbang ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sejagat.
Majlis berkenaan diadakan sempena Sidang Kemuncak Peringkat Tinggi Masyarakat Maklumat Sedunia+20 (WSIS+20) yang berlangsung bermula hari ini hingga 11 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#tambah baik
#Pusat Sebaran Maklumat Nasional
#nadi
#rakyat
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan