awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC, DPCH meterai MoU sokong bandaraya pintar, pelan perak sejahtera - Fahmi

Bernama
Bernama
19/12/2024
10:30 MYT
MCMC, DPCH meterai MoU sokong bandaraya pintar, pelan perak sejahtera - Fahmi
Kerjasama tersebut merupakan permulaan yang positif kepada usaha pemerkasaan program bandar pintar. - Foto BERNAMA
IPOH: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Digital Perak Corporation Holdings (DPCH) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara lain bertujuan menyokong pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerjasama tersebut merupakan permulaan yang positif kepada usaha pemerkasaan program bandar pintar yang bakal memberi manfaat kepada penduduk Ipoh.
"Kerjasama strategik ini bermatlamat untuk mengukuhkan hubungan antara MCMC dan DPCH dalam usaha mempertingkatkan infrastruktur digital, pemerkasaan pendidikan digital, serta penyediaan kemudahan komuniti pintar dan hijau," katanya dalam ucapan semasa majlis menandatangani MoU tersebut pada Perak Economic Outlook 2025 di sini, hari ini.
Pertukaran MoU yang ditandatangi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MCMC Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif DPCH, Suhaimi Tahir disaksikan Fahmi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Sementara itu Fahmi berkata di bawah MoU tersebut, liputan internet di Perak akan dipertingkatkan untuk menyokong Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam penyediaan pelan infrastruktur komunikasi di lokasi pembangunan yang telah dipersetujui.
Di samping itu, katanya MCMC juga akan menawarkan khidmat nasihat teknikal kepada DPCH yang berkaitan dengan infrastruktur digital, jaringan, liputan, keselamatan siber dan pencegahan penipuan dalam talian.
Fahmi juga berkata di bawah MoU ini, turut dilaksanakan penerokaan kerjasama berkaitan e-dagang serta latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Perak yang menyasarkan pembabitan komuniti setempat di kawasan NADI.
"Ternyata, inisiatif-inisiatif yang saya sebutkan tadi amat penting untuk menjadika bandar raya Ipoh sebuah bandar raya yang bukan sahaja efisien dan inovatif, malah juga lestari.
"Kerjasama antara MCMC dengan DPCH adalah bukti bahawa pendekatan kolaboratif adalah langkah terbaik untuk memacu inisiatif ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Fahmi Fadzil
#Digital Perak Corporation
#bandar pintar
#Bandaraya Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan