awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC gesa pelaporan berita yang bertanggungjawab dan elak kandungan manipulatif

Kenyataan Media
Kenyataan Media
22/09/2023
12:30 MYT
MCMC gesa pelaporan berita yang bertanggungjawab dan elak kandungan manipulatif
MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan.
CYBERJAYA: SEBAGAI menjawab laporan berita yang disiarkan portal MalaysiaNow berhubung ucapan yang disampaikan di Parlimen serta hantaran Facebook seorang wartawan kanan, A Kadir Jasin pada hari ini, MCMC ingin menekankan kepentingan pelaporan tepat yang merujuk konteks sebenar ucapan yang disampaikan di Parlimen tanpa menggunakan kandungan berkenaan bagi tujuan menyebarkan kebencian dan mencetuskan provokasi.
Pemerhatian MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan.
Bagi mencegah berlakunya sebarang cubaan melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), MCMC meminta kerjasama penuh daripada pihak atau individu berkaitan serta juga saluran berita. MCMC memandang serius kesan akibat pelaporan yang kurang bertanggungjawab terhadap masyarakat.
MCMC menasihatkan pengamal media serta saluran berita untuk merujuk kepada Kod Kandungan yang memberi panduan jelas berhubung standard kandungan yang selaras dengan AKM 1998. Dengan mematuhi Kod Kandungan, pengamal media dapat memastikan pelaporan yang bertanggungjawab selain mengelakkan daripada melangkaui batas kebebasan bersuara.
Garis panduan yang digariskan dalam Kod Kandungan menggalakkan pendekatan bertanggungjawab dalam peruntukan kandungan dan prosedur kawalan kendiri. Pendekatan ini bertujuan untuk memupuk kreativiti, inovasi, dan pertumbuhan sihat dalam industri. Dengan mengikuti garis panduan tersebut, saluran-saluran berita boleh menyumbang kepada suatu wacana yang lebih seimbang dan termaklum, bebas daripada sebarang manipulasi dan maklumat yang kurang tepat.
MCMC menggesa pelaporan bertanggungjawab, yang menekankan kepada ketepatan konteks liputan berita. Adalah penting bagi pengamal media untuk mempraktikkan pertimbangan yang beretika dan mengelakkan daripada menggunakan kandungan berita sebagai senjata untuk menyebarkan maklumat palsu.
Topic Berkaitan
#laporan berita
#MCMC
#provokatif
#Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan