awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC habiskan ‘22 tahun bekerja’ urus permohonan turunkan kandungan – Fahmi

Pia Ernadya
Pia Ernadya
07/11/2025
10:30 MYT
MCMC habiskan ‘22 tahun bekerja’ urus permohonan turunkan kandungan – Fahmi
Fahmi secara sinis menyatakan bahawa MCMC patut menghantar bil kepada Meta atas semua kerja yang dilakukan bagi pihak syarikat berkenaan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menghabiskan tempoh bersamaan lebih 22 tahun masa kerja hanya untuk mengurus permohonan kepada syarikat penyedia platform, Meta, bagi menurunkan kandungan berunsur penipuan (scam) dan judi dalam talian di platformnya.

Ringkasan AI
  • MCMC menghabiskan lebih 22 tahun masa kerja untuk mengurus permohonan kepada Meta bagi menurunkan kandungan scam dan judi dalam talian di platform tersebut.
  • Setiap permohonan yang dikemukakan kepada Meta mengambil masa antara 30 hingga 45 minit untuk diproses, dari Januari hingga Oktober 2025.
  • Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan MCMC menghantar bil kepada Meta atas usaha menangani kandungan berunsur penipuan dan judi dalam talian, dan menegaskan pentingnya Akta Keselamatan Dalam Talian untuk mengawal masalah tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil secara sinis berkata berdasarkan rekod, setiap permohonan yang dikemukakan kepada Meta mengambil masa antara 30 hingga 45 minit untuk diproses, bermula dari 1 Januari hingga pertengahan Oktober 2025.
“Kita dapati daripada keseluruhan jumlah permohonan yang dibuat oleh MCMC kepada Meta untuk menurunkan kandungan bersifat scam dan judi dalam talian, setiap satu permohonan memerlukan masa sekitar 30 hingga 45 minit untuk diproses.
“Secara keseluruhan, ini bermaksud MCMC telah menghabiskan lebih kurang 22.2 tahun masa kerja hanya untuk menghantar permohonan kepada Meta bagi menurunkan kandungan tersebut,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya, hari ini.
Ekoran itu, Fahmi secara sinis menyatakan bahawa MCMC patut menghantar bil kepada Meta atas semua kerja yang dilakukan bagi pihak syarikat berkenaan.
“Inilah sebabnya apabila Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) berkuat kuasa kelak, platform seperti Meta akan diwajibkan memastikan kemudaratan dalam talian seperti penipuan, scam dan judi dalam talian tidak lagi berleluasa di aplikasi Facebook di Malaysia,” tegasnya.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapa lama MCMC menghabiskan masa untuk mengurus permohonan kepada Meta bagi menurunkan kandungan berunsur penipuan dan judi dalam talian? A: MCMC menghabiskan lebih 22 tahun masa kerja, dengan setiap permohonan memerlukan masa 30 hingga 45 minit untuk diproses.
  • Q: Apakah tindakan yang dicadangkan oleh Datuk Fahmi Fadzil terhadap Meta berkenaan isu kandungan berunsur penipuan dan judi dalam talian? A: Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan agar Meta diwajibkan memastikan kemudaratan dalam talian seperti penipuan, scam, dan judi dalam talian tidak berleluasa di aplikasi Facebook di Malaysia.
  • Q: Mengapakah Datuk Fahmi Fadzil menyatakan bahawa MCMC patut menghantar bil kepada Meta? A: Datuk Fahmi Fadzil menyatakan bahawa MCMC patut menghantar bil kepada Meta atas semua kerja yang dilakukan bagi pihak syarikat berkenaan dalam mengurus permohonan untuk menurunkan kandungan berunsur penipuan dan judi dalam talian.

Topic Berkaitan
#Meta
#Fahmi Fadzil
#scam
#masa bekerja
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan